berita

[VIDEO] Perform ‘Sebijik’ Macam MK, Aksi Murid Sekolah Nyanyi Lagu K-Clique Raih Perhatian

October 16th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Penyanyi rap yang semakin meningkat naik MK dari kumpulan K-Clique sering menjadi tumpuan di media sosial. Apatah lagi kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini apabila dicium oleh peminat fanatiknya semasa membuat persembahan.

Terbaru menerusi akaun Twitternya, MK telah retweet sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki sedang menyanyikan lagunya. Menurutnya, tenaga dan cara pelajar tersebut menghiburkan rakan-rakan lain ketika menyanyikan lagu ‘Haa Tepok’ sangat mengagumkan. Terbaik!

Memang layan habis

Menerusi video berdurasi 1 minit, pelajar berkenaan menampilkan aksi yang sangat luar biasa dan menghiburkan semua rakan-rakannya yang berada di sekolah ketika menyanyikan lagu tersebut. Gaya dan nyanyiannya seperti seorang rapper, berjaya membuatkan semua yang melihat persembahannya itu terpegun termasuk penyanyi asal tersebut.

Menurut MK, nyanyian pelajar tersebut sangat power dan cara dia berinteraksi dengan rakan-rakan sangat baik walaupun ada kesalahan lirik sedikit. Netizen turut memberi komen mengenai persembahan pelajar tersebut.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen memuji semangat pelajar lelaki tersebut. Menurut netizen pelajar tersebut boleh pergi jauh seandainya dilatih bersungguh-sungguh. Pada masa yang sama, netizen turut meminta MK menghasilkan lirik-lirik yang positif selepas ini supaya generasi baru terdedah dengan ayat-ayat yang positif.

Sumber: Hairiwhuut & Faris Hakimi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×