berita

[VIDEO] Pernah Ditangkap Berdua-Duaan, Lelaki Tikam Kawan Sekerja Sebab ‘Rembat’ Isteri

June 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan polis selepas didakwa menikam rakan sendiri dalam satu kejadian yang berlaku di Cengkareng, Jakarta Barat pada 17 Jun lalu. Insiden tersebut dipercayai berpunca kerana suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

Syak kawan ada ‘skandal’ dengan isteri

Menerusi laporan RCTI Plus, rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  yang viral itu memaparkan seorang lelaki warga China (mangsa) dilihat sedang duduk bermain telefon di dalam sebuah milik. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki iaitu suspek telah datang menghampiri mangsa sambil memegang sebilah pisa yang dibalut dalam plastik berwarna kuning.

Namun secara tiba-tiba, suspek mengeluarkan pisau dan terus menikam di bahagian dada mangsa yang juga merupakan rakan sekerjanya. Kelihatan beberapa orang rakan mereka yang lain tiba di tempat kejadian dan cuba menghalang suspek daripada bertindak dengan lebih ganas. Suspek kemudian melarikan diri namun berjaya ditahan pada 19 Jun lalu di rumahnya.

Hasil soal siasat mendapati, suspek berang kerana mengesyaki rakan sekerjanya itu ada hubungan sulit dengan isterinya. Dakwa suspek lagi, dia pernah ‘menangkap’ isterinya dan mangsa berdua-duaan. Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini dilaporkan semakin pulih.

Video

Sumber: RCTI Plus, Today Line,  Metro Tempo, Youtube Tribunnews

SKIP THIS AD ×