Dikir Barat sememangnya antara persembahan tradisional yang agak terkenal di negeri Kelantan. Perkataan dzikir yang membawa maksud perkataan atau sebutan yang diulang-ulang manakala barat pula merujuk kepada barat di negeri Kelantan.
Menerusi perkongsian video Dean Norwani, sebuah sekolah di Kanada membuat persembahan Dikir Barat di pentas mereka. Siapa sangka seni warisan ini diterima baik oleh rakyat mereka.
Dikir Barat
Gamelan
Wau Bulan
Songbridge
Video yang berdurasi 2.25 minit itu mendapat pujian ramai netizen yang rata-ratanya kagum dengan persembahan itu. Buat pengetahuan semua, Dikir Barat yang dipersembahkan oleh Hamilton Children’s Choir ini diarahkan Tracy Wong yang sememangnya rakyat Malaysia.
Konduktor dari Malaysia
Ramai puji
Sumber : Dean Norwani