Muftis Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Dr Maza, menjelaskan mengenai keutamaan antara makan dan solat. 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lafaz Itu Sah Mengapa Perlu Diulang? – Dr Maza Jelas Isu Ijabkabul Ringkas Sabri Yunus & Angeline Tan

Artikel Berkaitan: ‘Tangan Bogel’ Sedia Makanan, Dr Maza Kecewa SOP Kebersihan Kedai Makan Di Perlis

Makan atau solat dulu?

@seruantaqwa

Nabi SAW bersabda: “Apabila makan malam salah seorang dari kamu telah dihidangkan, dan solat telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam, dan jangan tergesa-gesa sehingga dia selesai.” — Riwayat Al-Bukhari dan Muslim “Perut tengah lapar, makan dulu ke solat dulu? Nabi ajar makan dulu” – Prof Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin #Islam #ceramahislam #ceramahpendek #drmaza #agamaislam

♬ original sound – Bekalan Ilmu Akhirat – Bekalan Ilmu Akhirat

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menjelaskan bahawa adalah sunnah untuk seseorang makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat.

Makan dulu jika sekiranya kita mahu makan.

Apabila diletakkan makan malam dan didirikan solat, Nabi kata, makan dulu.

Kalau tidak masa sembahyang akan teringat-ingat.

Ini adalah sunnah.

Berkongsi lebih lanjut, Dr Maza menitipkan pesanan agar menjamu sedikit makanan sehingga rasa cukup sebelum menunaikan solat.

Ujarnya lagi, menahan diri daripada makan sehingga mengganggu tumpuan ketika solat boleh menjadi makruh.

Bila iftar, kita dah sediakan makanan dan hanya makan kurma kemudian pergi solat, padahal mata tengok makanan, ini adalah salah.

Makruh apabila ibu bapa suruh anak-anak sabar untuk makan dan solat dahulu.

Makan sedikit sehingga kita rasa cukup. Kemudian pergi solat.

Sumber: TikTok @seruantaqwa