berita

[VIDEO] Polis Cari Wanita Menyusup Masuk Kawasan PKPD Nak Ziarah Nenek

July 10th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Akibat ingin menziarahi neneknya, seorang wanita dikehendaki pihak polis gara-gara sanggup memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam semalam.

Menyusup masuk kawasan PKPD

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, laporan polis telah dibuat pada pukul 10.51 malam berhubung video tular di media sosial memperlihatkan seorang wanita sedang menyusup masuk ke dalam kawasan PKPD yang dipercayai ingin menziarahi neneknya.

Suspek di dalam video ini memakai baju warna gelap dan berseluar putih dilihat menyusup masuk seorang diri ke dalam kawasan PPR itu melalui pagar berduri jenis dawai besi yang diletakkan di sekeliling blok.

Saksi yang memuat naik video berduarasi 30 saat itu mengaku merakam video berkenaan pada pukul 6.15 petang. Walau bagaimanapun, pihak polis sedang mengesan wanita terbabit yang dipercayai menetap di Puchong.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Anuar juga menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan kerana bimbang akan mencetuskan kerisauan orang ramai.

Video penuh:

Sumber : Harian Metro , Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×