berita

[VIDEO] ‘Potong’ Double Line, Habis Penunggang Motor Kena Langgar..

March 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Viral sebuah video di media sosial apabila sebuah kereta jenis Proton Pesona memandu dalam keadaan yang sangat berbahaya di Jalan Paya Terubong, Ayer Itam, Pulau Pinang semalam.

Menerusi Facebook Penang Kini, kejadian tersebut telah mendatangkan kecederaan kepada dua penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut.

Memotong di selekoh dan double line

Proton Pesona ni dipandu dalam keadaan sangat bahaya. Memotong di selekoh dan double line di Jalan Paya Terubong dekat Green Garden jam 7 pagi semalam. Dua penunggang motosikal telah cedera. Sapa dapat kenal pasti pemandu Pesona ini segera hubungi pihak Polis sampaikan maklumat.

Kita cari sampai dapat agar spesis seperti ini tidak membiak dengan lebih ramai lagi membahayakan dan boleh membunuh orang lain. Berdasarkan lampu double signal yang ditunjukkan mungkin dia dalam kecemasan tapi ia tidak menghalalkan pemanduan yang merbahaya sebegini !

Video berdurasi 0:23 saat itu menunjukkan sebuah kereta Proton Pesona dipandu dalam keadaan yang sangat berbahaya. Pemandu kereta tersebut dipercayai memotong selekoh dan double line sehingga melanggar dua penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan. Kedua-dua penunggang motosikal itu mengalami kecederaan. Manakala, pemandu tersebut melarikan diri sebaik sahaja melanggar kedua-dua mereka. Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 7 pagi itu sedang disiasat oleh pihak polis.

Sila berfikir dengan waras

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen mengenai video tersebut. Rata-ratanya berharap pemandu tersebut ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang sepatutnya.

Sumber: Penang Kini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.