berita

[VIDEO] Potong Rambut 10 Pelajar Fesyen ‘Botak Tengah’, Guru Dikecam Netizen

May 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tindakan seorang guru sekolah menengah di Bangkok, Thailand mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana dianggap tidak wajar dan telah melanggar hak peribadi gara-gara dia memotong rambut 10 pelajar lelaki secara ‘botak tengah’.

Guru potong rambut 10 pelajar

Menurut Pengarah di Sekolah Suranee Wittaya 2 di daerah Mueng, video yang tular di media sosial itu dimuat naik oleh seorang pelajar yang merakam tindakan guru terbabit secara rahsia.

Walau bagaimanapun, guru itu telah meminta maaf kepada 10 pelajar berkenaan dan turut diberi amaran untuk tidak melakukan perkara seperti itu lagi.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pendidikan wilayah Nakhon Ratchasima, Krittapol Chutikulkirati mengatakan bahawa selepas dua tahun melaksanakan pembelajaran dalam talian, ramai pelajar yang kembali ke sekolah dengan rambut yang panjang. Namun, berambut panjang ketika hadir ke sekolah adalah bertentangan dengan peraturan Kementerian Pendidikan.

Guru bertanggungjawab menguatkuasa peraturan kementerian, jadi mungkin disebabkan itu lah dia menghukum 10 pelajar seperti itu.

Tak dipecat sebab bukan kesalahan serius

Bagaimanapun, Krittapol menganggap tingkah laku guru itu adalah tidak wajar dan dia turut menghantar arahan kepada semua guru sekolah rendah dan menengah di wilayah itu agar tidak menggunting rambut pelajar ‘botak tengah’ sebagai hukuman.

Meskipun kelakuannya itu tidak dibenarkan tapi guru terbabit tidak akan dipecat daripada jawatannya kerana ia bukan satu kesalahan disiplin yang serius.

Susulan daripada itu, dia turut meminta Pejabat Pendidikan Menengah di wilayah itu untuk membuat siasatan lanjut berhubung insiden yang terjadi kerana ia telah melanggar dasar pendidikan di wilayah itu di mana setiap pelajar harus berasa gembira ketika hadir ke sekolah.

Video kejadian

Sumber : Sanook

SKIP THIS AD ×