berita

Video : #PotongStim Memang Lawak & Realistik

October 1st, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-10-01 at 12.28.28

Pernah tak anda melalui saat-saat yang membantutkan keterujaan dalam kehidupan seharian anda? Tidak dapat dinafikan bahawa setiap perkara yang kita inginkan jarang berlaku seperti yang dirancang.

Bagi sesetengah orang, kejadian ‘potong stim’ ini boleh menyebabkan emosi berubah tapi apa kata anda lihat perkara itu dari sudut yang positif dan kelakar.

Baru-baru ini Dan Khoo Productions telah berkongsi sebuah video di YouTube berjudul Potong Stim yang memaparkan insiden-insiden yang biasa dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Screen Shot 2013-10-01 at 11.33.57

Tetapi apa yang menariknya, sesetengah kejadian yang dikongsikan dalam video ini sangat dekat dengan kehidupan seharian penonton.

Sebagai contoh, penonton dapat melihat sikap pemandu yang cukup tertekan sewaktu mencari tempat letak kereta di pusat membeli-belah.

Melalui video berdurasi 5:29 saat itu juga, Dan Khoo Productions telah menampilkan Hani Hatim dan adiknya, Hafiz Hatim dalam beberapa insiden lawak.

Screen Shot 2013-10-01 at 11.33.21

Hani dan Hafiz berjaya mewujudkan suasana sebenar yang dihadapi oleh adik-beradik apabila meminjamkan kereta kepada ahli keluarga dan ketika mereka berebut tandas.

Jom tonton video potong stim di bawah dan ketahui sama ada insiden-insiden yang dipaparkan pernah terjadi pada anda ataupun tidak. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×