Tindakan melampau seorang Youtuber Indonesia mengagihkan bungkusan daging korban yang berisi sampah undang padah apabila dia ditahan polis. Netizen menyifatkan content yang diterbitkan itu sebagai satu penganiayaan dan khianat apabila ia sepatutnya dilakukan dengan cara yang betul.
Menggunakan plastik hitam
Video berdurasi 11 minit 56 saat itu memaparkan seorang Youtuber yang dikenali sebagai Edo Putra dan rakannya mengagihkan bungkusan plastik hitam kepada jiran tetangganya. Dia menyatakan itu merupakan daging korban sebanyak 5kg.
Mereka telah mengagihkan bungkusan itu kepada dua orang suri rumah dan meminta bungkusan itu dibuka setelah mereka keluar dari rumah tersebut. Selepas itu, mereka dalam diam merakam reaksi kedua-dua mangsa sebelum kembali untuk menyatakan itu hanyalah satu prank.
Ditahan pihak berkuasa
Menurut laporan media tempatan, Edo dan rakannya itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia selepas video tersebut viral. Mereka telah didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah Dalam Komuniti dan melanggar etika kesopanan. Jika disabit kesalahan, mereka akan dikenakan penjara selama 10 tahun.
Selain itu, dua lagi rakan Edo yang berperanan sebagai jurukamera ketika kejadian masih dalam senarai orang buruan polis dan pihak berkuasa menyatakan seramai 4 orang terlibat dalam kejadian. Walaupun telah ditahan, video tersebut masih belum dipadam dari saluran laman Youtube milik Edo dan telah mendapat 190k tanda dislikes.
Sumber : theAsian indonesia