![[VIDEO] Prince Syed Kongsi Momen Isteri Berniaga, Netizen Tegur Pakaian Makin Ketat – ‘Inner Pakai Dekat Dalam’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/fatin-syazwani.jpg)
Hantaran usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, dibanjiri komen netizen apabila isterinya, Fatin Syazwani mengenakan pakaian yang dianggap mencolok mata.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Kagum Dengan Keperibadian Ibu, Pandai Ambil Hati Menantu – ‘Sentiasa Positif, Bukan Orang Tua Toksik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Kurus Isteri Prince Syed Curi Perhatian, Netizen Puji Semakin Lawa
Pakai inner
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, dilihat merakam momen isterinya berniaga di sebuah tapak bazar Ramadan.
Pada hantaran berdurasi selama 3 minit lebih itu, Fatin dilihat mengenakan baju ketat berwarna hitam serta seluar jenis jeans berwarna biru.
Bagaimanapun, penampilannya itu ditegur warganet yang beranggapan pakaian yang dikenakan tidak sesuai dan mencolok mata.
Netizen sindir




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyindir Fatin yang dilihat telah berubah dari segi pemakaian setelah penampilannya lebih kurus ekoran pembedahan bariatrik yang dijalankan.
Sumber: TikTok @Suami syed Isteri fatin








