Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed mengakui kesihatan mentalnya berada dalam keadaan tidak baik sejak timbulnya isu pergaduhan bersama keluarga mentua yang melibatkan isterinya.

Artikel Berkaitan: Prince Syed Menangis Dituduh Gagal Jadi Suami Bertanggungjawab – ‘Saya Terlalu Sayang Isteri, Tak Pernah Halang Jumpa Keluarga’

Artikel Berkaitan: Prince Syed Syukur Isteri Tunjuk Perkembangan Positif, Dedah Permintaan Tak Mahu Jumpa Sesiapa – ‘Sayang Merayu Sangat Kali Ini’ 

Tidak okay

Menurut Syed, dirinya masih bergelut dengan kesan trauma yang dialaminya sebelum ini.

Malah, doktor turut menyarankan agar dia mendapatkan rawatan secepat mungkin supaya ia tidak menjadi lebih teruk.

Tengah duduk pun saya masih lagi nampak orang datang nak serang saya dengan helmet. Nampak kaca dekat depan ini rasa macam nak pecah. Gila jadinya.

Masa saya dimasukkan ke hospital hari itu, doktor ada beritahu saya sebaiknya ambil rawatan sebab keadaan ini dikira dalam kategori ada trauma.

Mungkin saya akan ambil rawatan. Saya cuba untuk jadi kuat, sebab kalau tidak macam mana?

Apabila ditanya sama ada dia dalam keadaan okay atau tidak, dia akan memberikan jawapan yang menenangkan bukannya menggambarkan keadaan sebenar.

Apabila orang tanya sama ada saya okay atau tidak, sudah tentu saya cakap saya okay.

Mereka tidak alami perkara yang saya lalui. Simptom-simptom yang dinyatakan itu sudah mula timbul dan sekarang saya memang tidak boleh lelapkan mata pada waktu malam.

Macam sekarang, saya memberanikan diri untuk datang. Kalau ikutkan saya memang tidak akan berjumpa dengan sesiapa sebab itu saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan dan tidak ke mana-mana.

Sumber: TikTok