
Pengaruh media sosial dan pencipta kandungan, Sofyank tampil memberi maklum balas selepas dikritik kerana menghasilkan dua video pelancongan mempromosikan negara jiran, Singapura, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Cuba Untuk Dapatkan Texture, Lighting & Reflection Yang Paling Dekat Dengan Model Kereta Sebenar’ – Sofyank
Malaysia tetap di hati

Menerusi hantaran di TikTok, Sofyank menjelaskan projek tersebut merupakan antara impiannya untuk menghasilkan video travel dengan gaya sinematik dan kesan visual khas (VFX).
Katanya, idea itu dicetuskan bersama rakan kongsinya, Mshaffuan dan beberapa rakan lain yang turut membantu membawa visi kreatif tersebut ke tahap lebih profesional.
Ketika mendapat peluang daripada Singapura, dalam menghasilkan video VFX pada tahun ini menjadi impian saya.
Saya terus ajak Shaffuan dan kawan-kawan saya untuk menjalankan projek ini dengan konsep ‘run and gun’ iaitu berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain demi video yang menarik.
Dalam pada itu, Sofyank turut mengulas mengenai cadangan agar video sebegitu dihasilkan untuk mempromosikan tanah air tercinta. Tegasnya, rasa sayangnya kepada Malaysia tidak pernah luntur.
Ramai yang tanya, tak nak buat video promosi Malaysia ke? Semestinya nak. Saya bangga sangat lahir di Malaysia, tanah air sendiri, menjadi anak Malaysia dan sokongan rakyat sejak awal yang sangat saya hargai.
Terdahulu, video mempromosikan Singapura yang dihasilkan Sofyank menimbulkan perdebatan di media sosial apabila segelintir netizen merasa kecewa kerana tidak melihat usaha mempromosikan destinasi di Malaysia.
Kritikan itu timbul daripada segelintir penonton yang menganggap Sofyank sepatutnya lebih mempromosikan lokasi dalam negara sendiri.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)