berita

[VIDEO] PU Amin Kongsi Ganjaran Puasa Hari Arafah, Allah Ampun Dosa Dua Tahun

June 28th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari ini 9 Zulhijah iaitu hari Arafah. Hari jemaah haji akan berwukuf di Padang Arafah. Pada hari Arafah, pintu langit terbuka luas, malah dosa-dosa juga diampuni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Amin Gesa Ustazah Siti Afifah Kawal Diri, Henti Kongsi Info Tidak Sahih – ‘Ini Antara Petanda Akhir Zaman ..’

Allah ampun dosa

@ustazamirulamin Jangan lupa. Ini masanya. Ambil masa kejap. #nasihat #hukum #fyp #tazkirah #ingatan #Zulhijjah #doa #arafah ? Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE

Menerusi TikTok, Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi ganjaran yang akan diperoleh individu yang berpuasa pada hari Arafah. Kata Amin, 32, puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang.

Jangan lupa tuan-tuan dirahmati Allah, 9 Zulhijah puasa hari Arafah. Apa ganjaran dia? Kita akan diampunkan dosa yang akan datang tahun depan dan tahun sebelum. Dua tahun dosa ampun.

Hari Arafah ini kalau kita kerja ke kita puasa, doa banyak-banyak. Paling tidak 8 Zulhijah malam itu tulis teks doa. Tulis dan baca bersunguh.

Dalam pada itu, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim turut memberi contoh antara doa yang boleh diminta kepada Allah SWT.

Ya Allah jemputlah aku pergi haji. Ya Allah bagilah duit aku dapat pergi haji. Baikkanlah isteri, baikkanlah suami aku, pandaikan anak-anak aku. Ya Allah berikan kebaikan pada kerja aku. Ya Allah berikan kebaikan kepada seluruh kawan-kawan dan juga umat manusia.

Berikan kesihatan pada mak dan ayah. Doa sungguh-sungguh daripada lepas Zohor hingga Asar. Waktu mustajab berdoa adalah pada Hari Arafah. Jangan sia-siakan. Hari Arafah mustajab berdoa. Hari ini fokus baca doa. Malam itu malam raya. Malam raya malam mustajab berdoa.

Banyakkan berdoa pada hari Arafah. Hari yang cukup hebat. Hari Allah Taala terima doa jutaan manusia di Arafah. Tak akan doa kita pula tak diterima.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×