![[VIDEO] PU Amin Ulas Isu Kelas Agama Harga Mahal – ‘Ini Bukan Menjual Agama, Tetapi Kualiti Penyampaian’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/pu-amin.jpg)
Pendakwah bebas, PU Amin berpandangan isu kelas pengajian berbayar melibatkan Noor Neelofa dan PU Riz wajar dilihat dari sudut adab menuntut ilmu, bukan dinilai secara negatif semata-mata.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Support Geng Merayu Gift Di TikTok Guna Cara Agama’ – PU Amin
Artikel Berkaitan: ‘Rahmat Cerita Isr**l Tahu Gerak Kerja Saya & Dia’ – PU Amin
Jangan nilai negatif

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35, berkata tuntutan adab dalam menuntut ilmu sepatutnya dikongsi tanpa dikenakan sebarang harga.
Bagaimanapun, situasi menjadi berbeza jika ia melibatkan kemudahan, keselesaan dan suasana pembelajaran yang teratur.
Adabnya, si pemberi ilmu tidak boleh meletakkan harga. Tetapi apabila ia melibatkan keadaan, fasiliti dan keselesaan, maka ada harga yang perlu dipatuhi.
Persoalan utama ialah adakah ilmu itu hanya untuk golongan yang mampu, atau turut sampai kepada mereka yang memerlukan. Bagi saya, ilmu tidak sepatutnya terhad kepada orang mampu sahaja.
PU Amin berkata demikian ketika ditemui pada majlis ilmu Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Namun PU Amin menekankan pendekatan itu mesti dilaksanakan secara beretika dan tidak disalahgunakan pihak tertentu atas alasan agama.
Sementara itu, PU Amin menegaskan pengajian agama berbayar tidak membawa maksud seseorang menjual agama.
Ini bukan menjual agama, tetapi menjual kualiti penyampaian dari segi suasana dan nilai tambah. Yang dikira menjual agama ialah apabila berlaku penipuan, pengkhianatan dan penganiayaan terhadap orang ramai.
Contohnya, meminta bayaran atau hadiah untuk selawat dan tahlil di media sosial. Itu tidak wajar dan boleh mengundang fitnah.
Berbaloi

Dalam pada itu, PU Amin mengakui pernah menyertai pengajian agama berbayar dan melihatnya sebagai satu bentuk pelaburan yang memberi nilai.
Saya suka persekitaran pengajian seperti ini. Orang datang dengan bayaran yang setimpal dengan nilai dan kualiti yang diterima. Ia memberi aura baharu yang positif kepada proses pembelajaran.
Konsepnya sama seperti kelas berenang atau kursus komputer. Kita membayar untuk keselesaan dan kemudahan. Malah, bayaran itu biasanya disertakan dengan pulangan seperti barangan atau keperluan peserta, bukan sekadar bayar kosong.







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
