Penceramah bebas PU Syed secara terbuka menegur pasangan yang sedang hangat bercinta iaitu pempengaruh Ameera Khan dan pelakon Indonesia Jefri Nichol.

Artikel Berkaitan: Drama Bidaah Berdasarkan Pengalaman Sendiri? PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis

Artikel Berkaitan: ‘Mak Cik Erma..Boleh Lah Buat Drama Tentang Cinta Kepada Tanah Air, Islamik’ – PU Syed Tegur Erma Fatima, Drama Ada Unsur Tak Senonoh?

Batas pergaulan

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, berkata teguran itu dibuat selepas Jefri memuat naik video meriba dan mencium pipi adik kepada selebriti, Neelofa di Instagram.

PU Syed dengan tegas menegur mengenai batas pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana mereka masih lagi belum menjadi pasangan yang sah di dalam Islam.

Kalian berdua ini beragama Islam kan?

Tak gerunkah kalian kepada Allah?

Tiadakah didikan agama yang kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yang kalian lakukan?

Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana?

Lebih-lebih lagi maruah agama Islam yang menitik beratkan tentang pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan mahram!

Dalam teguran itu, PU Syed turut menggesa Ameera dan Jefri untuk berhenti melakukan dosa secara terang-terangan.

Adakah alasan cinta atau adakah disebabkan kalian ini kononnya public figure, justeru membenarkan segala yang ditegah agama itu sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh kalian?

Golongan seperti inilah yang amat merisaukan kita sebenarnya.

Kalau dalam cerita Bidaah adanya watak walid yang gilakan wanita, bagaimana pula dengan kisah pasangan ini?

Perbuatan ini boleh jadi halal jika kalian bernikah. Selepas itu, nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan asyik pergi sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah.

Cukup-cukuplah menabur dosa, malulah kepada Allah!

Sumber: Instagram