berita

[VIDEO] Pukul, Tumbuk & Tendang Pemandu Bas Pelancong, Polis Tahan Reman 2 Lelaki

January 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di media sosial, viral sebuah rakaman video menunjukkan dua orang lelaki menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah, Johor semalam. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut dianggarkan berlaku kira-kira pukul 1.45 petang.

Memukul, menumbuk dan menendang

https://www.facebook.com/budakjalanan22/videos/186864092396692/

Video berdurasi 3:32 saat itu menunjukkan seorang daripada suspek telah memukul, menumbuk dan menendang pemandu bas berkenaan secara berulang kali, walaupun mangsa sudah merayu agar mereka berhenti melakukan perbuatan itu.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada kemalangan membabitkan bas pelancong yang dipandu mangsa terlanggar kenderaan suspek sewaktu berada di persimpangan lampu isyarat jalan Jalan Gelang Patah-Pendas. Video yang berjaya dirakam salah seorang penumpang yang menaiki bas itu viral di media sosial dan mendapat perhatian pihak polis.

Kecederaan di kepala dan tangan

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, suspek yang berusia 34 dan 38 tahun itu bertindak sedemikian selepas kenderaan mereka dilanggar. Tambahnya, selain mencederakan mangsa, mereka juga telah merosakkan peralatan dalam bas tersebut.

Akibat dari pelanggaran itu, mangsa kemudian keluar dari bas untuk melihat keadaan kenderaan suspek sebelum dia secara tiba-tiba dipukul dan ditumbuk oleh seorang daripada dua lelaki berkenaan sehingga berterusan ke dalam bas. Selain membelasah mangsa hingga menyebabkan kecederaan pada kepala dan tangannya, suspek turut dikesan merosakkan peralatan dalam bas sebelum kejadian itu dileraikan orang awam yang berada di lokasi.

Ketika di pejabat pertanyaan Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, seorang daripada suspek didapati berkelakuan tidak senonoh dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman, selain turut menghempas kerusi. Pada masa sama, kedua-dua mereka juga turut bertindak agresif sehingga memaksa pihak polis menggunakan kekerasan minimum bagi untuk melakukan tangkapan.

Sebuah kereta peronda polis yang dipercayai tiba di lokasi kejadian kemudian mengarahkan mangsa dan dua lelaki terbabit membuat laporan di Balai Polis Trafik berhampiran. Namun, suspek juga dipercayai menyerang dan memukul anggota pengawal lokap sehingga berlaku pergelutan apabila disuruh memberhentikan pergaduhan itu.

Ekoran daripada itu, pihak polis telah menahan reman dua suspek berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan ke atas penjawat awam dan Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 323 kanun sama kerana menyebabkan kecederaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×