berita

[VIDEO] Puluhan Peluru Berpandu Dilancarkan, Iran Mula Serang Pangkalan Tentera AS

January 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, beberapa media antarabangsa telah melaporkan mengenai kematian komander tertinggi Iran, Mejar Jeneral Qassim Soleimani yang terbunuh dalam serangan drone di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad di Iraq.

Berikutan daripada ketegangan yang berlaku, Iran kini mula menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) dengan melancarkan serangan peluru berpandu.

Meninggalkan pangkalan tentera

Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik Ranj Alaaldin di laman Twitternya, dia memberitahu bahawa kedua-dua negara tersebut dikatakan telah meninggalkan pangkalan udara masing-masing. Kejadian ini didakwa berisiko akan berlakunya peperangan berskala besar yang melibatkan AS dan Iran.

Rakaman serangan terhadap AS

Video serangan yang dimuatnaik oleh Farnaz Fassihi yang merupakan seorang wartawan The New York Times dilaman Twitter, telah mendapat hampir 220 ribu tontonan sekaligus telah mendapat perhatian dunia. Menerusi video rakaman tersebut dilihat Iran melancarkan serangan terhadap AS di pangkalan udara Al Asad di barat Iraq dan Irbil di sebelah utara.

Susulan itu, menerusi laporan Harian Metro yang dipetik daripada sumber antarabangsa, kejadian ini disahkan oleh Jabatan Pertahanan AS iaitu Jonathan Hoffman dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketika kami menilai situasi dan tindak balas yang akan diambil, kami akan mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi dan mempertahankan anggota dan sekutu AS di rantau itu.

Lancar roket di pangkalan udara Al Asad

Presiden Donald Trump sedang pantau

Sementara itu, Setiausaha Akhbar White House Stephanie Grisham menerusi Twitter mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump telah dimaklumkan mengenai serangan tersebut dan kini sedang memantau perkembangan terbaharu itu bersama pasukan keselamatan negara.

Sumber: Harian Metro, Ranj Alaaldin, Farnaz Fassihi, Now This, Sarah, Stephanie Grisham

SKIP THIS AD ×