Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof masih belum menemui jalan penyelesaian. Malah, masing-masing dilihat berbalas kenyataan di media sosial.
Terbaharu, Puteri Sarah membuat pengakuan, kekesalan yang dilakukan dalam hidupnya ialah berkahwin dengan pengarah sensasi itu.
‘Sarah dah penat bergaduh dengan lelaki narsistik’
Menerusi perkongsian video di Instagram, memperlihatkan Puteri Sarah yang mengenakan telekung berwarna hitam mengalirkan air mata kerana sudah tidak tahan untuk berdepan dengan masalah rumah tangganya yang semakin rumit.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akui mahu memulakan hidup baharu. Oleh itu dia berharap agar suaminya itu dapat menceraikannya dengan cara yang baik.
Sarah dah penat bergaduh dengan lelaki narsistik macam ni. Semua doakan Sarah supaya diceraikan dan dilepaskan dengan cara yang baik. Kepada Mohd Shamsul, kalau awak nak ambil semua harta-harta awak, awak ambil. Saya tak nak. Saya ada kaki dan tangan, saya boleh bekerja tapi hak anak-anak jangan diabaikan.
Saya sudah terlalu penat, dah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri, Tak dapat kasih sayang, Saya juga ada keinginan nak bahagia, merasa kasih sayang. Jadi lepaskan saya. Bagi saya move on untuk cari kehidupan saya macam yang awak cakap sebelum ini saya berhak cari kebahagiaan saya sendiri.
Saya dah penat berlawan dengan awak. Jadi, awak nak menang, menanglah Mohd Shamsul. Nanti jawab di akhirat.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah tidak kisah sekiranya Syamsul enggan memberikan nafkah namun dia berharap pengarah itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap dua anak mereka.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Puteri Sarah