![[VIDEO] Qasrina Karim Ditegur Netizen, Pakai Selendang Nampak Leher & Anak Rambut – ‘Pakai Pin At Least’](https://media.ohbulan.com/2025/04/QasrinaKarimPakaiTudungNampakLeher-1.jpg)

Penampilan pelakon, Qasrina Karim menerusi hantaran video dimuat naik pelakon, Meerqeen menyorot perhatian dan mengundang kecaman ramai.
Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Mierul Aiman -‘Dia Friendly & Baik, Tapi…’
Tak pakai tudung dengan sempurna
@meerqeen Selesa sikit. @QK ? X Missing U (Chorus) – Dayang Nurfaizah x Faizal Tahir x TUJU x Yonnyboii
Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, Meerqeen dan Qasrina dilihat seperti sedang bersiap sedia sebelum memulakan penggambaran bagi sebuah drama dengan berlatar belakangkan lagu ‘X Missing U’ nyanyian asal Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju dan Yonnyboii.
Namun, pelakon wanita berusia 29 tahun itu dilihat hanya mengenakan selendang berwarna hitam namun jelas kelihatan bahagian leher dan sedikit anak rambutnya.
Komen netizen



Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya menegur cara Qasrina berpakaian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Qasrina supaya memperbetulkan penampilan memandangkan dirinya seorang yang bertudung.
Sumber: TikTok








