Pelakon, Qistina Raisah mencuri perhatian netizen apabila berkongsi detik sukar ketika cuba mengambil ubat jenis cecair ketika kurang sihat.

‘Saya tak gedik, memang tak boleh makan ubat’

@qqistinaraisah

Sy tak gedik tau . Sy mmg tak bole makan ubat.

♬ original sound – QR – QR

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Qistina atau nama lengkapnya, Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri dilihat enggan minum ubat biarpun sudah dipujuk oleh teman lelakinya.

Qistina dengan jujur mengakui dia tidak tahan dengan bau ubat dan hampir muntah sebaik sahaja menghidu baunya.

Sabar lah, awak jangan lah paksa saya. 

Walaupun berjaya menelan ubat pertama dengan keterpaksaan, Qistina sekali lagi berdepan kesukaran apabila perlu mengambil ubat kedua. 

Tidak lama selepas itu, Qistina mula menitiskan air mata kerana tidak sanggup menelannya lagi. Namun, akhirnya berjaya.

Tak boleh, bau ubat ni kuat sangat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dilalui Qistina selain menyatakan mereka turut mengalami pengalaman yang sama berdepan kesukaran menelan ubat jenis cecair, terutamanya apabila baunya terlalu kuat dan rasanya tidak menyenangkan.

Komen netizen

Sumber: TikTok Qistina