berita

[VIDEO] Rahmah Si Kaki Payung. Payung Siapa Tu?

August 2nd, 2023 | by Azyan
Kini Trending

rahmah

Inisiatif ‘Rahmah’ yang diperkenalkan pada enam bulan lalu dilihat diterima baik oleh rakyat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 dilihat mendapat pelbagai manfaat daripada inisiatif ini.

Nampak remeh tapi ia sebenarnya memberikan impak yang besar kepada masyarakat!

Macam si Mat ni lah, kemana je dia pergi Rahmah ada ikut. Dari tepi jalan sampai lah ke dalam kedai semuanya ada Rahmah!

Rahmah si kaki payung

 

Ha boleh nampak lah kan macam mana inisiatif ni bukan sahaja membantu tapi ia juga mengajak orang lain untuk mula menghulurkan pertolongan juga.

Sekarang ni dekat mana-mana je kita boleh nampak ‘Menu Rahmah’ yang membolehkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan makanan harian dengan harga serendah RM5!

Bahan asas dikurangkan sehingga 30%!

Macam mana ia boleh membantu rakyat Malaysia? Ha pihak kerajaan menawarkan Jualan Rahmah untuk barangan asas dengan harga sehingga 30% berbanding harga di pasaran. Dapatlah tekanan beban sara hidup rakyat dikurangkan betul tak? 

Sebenarnya, bukan hanya itu tapi ada macam-macam lagi yang korang boleh dapat dari inisiatif ini.

Nak tahu dengan lebih lanjut?Korang boleh layari https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/! Jangan cakap admin tak payung tau!

#Belanjawan2023 #BelanjawanMADANI

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×