berita

[VIDEO] Rakyat Malaysia Terpegun Bila Cha Eun Woo Nyanyi Lagu Sampai Ke Hari Tua

October 29th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Bintang terkenal Korea, Cha Eun Woo telah mengadakan sebuah perjumpaan bersama kelab peminatnya baru-baru ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Perjumpaan ‘Just One 10 Minute Show’ itu dimeriahkan dengan persembahan nyayian Eun Woo.

Menerusi Twitter Hani Fadzil, penyampai radio tersebut memuat naik video persembahan Eun Woo ketika menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal Aizat Amdan. Ternyata video yang dimuat naik itu mendapat pujian daripada netizen termasuk Aizat yang memuji kelunakan suara bintang Kpop itu.

I was extremely excited

Menerusi video berdurasi 0:52 saat, ahli kumpulan Astro, Cha Eun Woo itu menyanyikan lagu milik Aizat Amdan ‘Sampai Ke Hari Tua’ dengan gayanya tersendiri. Walaupun sebutan lirik Bahasa Melayu tersebut masih kedengaran sedikit pelat, persembahan Eun Woon ternyata mencuri tumpuan netizen termasuk Aizat. Menurut Aizat, dia berterima kasih kepada Eun Woo kerana sudi menyanyikan lagunya. Tambahnya, suara penyanyi tersebut sangat menakjubkan.

Pandai dia pilih lagu

Sumber: Hani Fadzil & Aizat Amdan

SKIP THIS AD ×