![[VIDEO] ‘Ramai Artis Pakai Susuk Mahal, Kena Renew Setiap Bulan’ – Perawat Susuk](https://asset.ohbulan.com/2026/07/susuk-1.jpg)
Seorang perawat susuk tampil berkongsi pengalaman merawat beberapa selebriti yang didakwa memakai susuk bagi melariskan nama serta meningkatkan populariti dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Pakai Susuk Demi Jodoh, Kecewa Selepas Dua Kali Putus Tunang
Artikel Berkaitan: Hidup Zaman Moden, Alya Iman Tak Percaya Susuk – ‘Aura Menarik Datang Daripada Diri Sendiri’
Selebriti pakai susuk
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, perawat susuk yang dikenali sebagai Faridzuan mendakwa kebanyakan golongan artis memilih menggunakan susuk pertalian.
Menurut Faridzuan, susuk pertalian merupakan antara jenis susuk yang termahal selain perlu diperbaharui setiap bulan.
Kebanyakan artis mereka pakai susuk mahal iaitu susuk pertalian.
Susuk ini antara yang kuat dan mahal. Maksudnya secara bulanan kena diperbaharui.
Walaupun artis itu suara dia tak sedap, tapi bila orang dengar rasa sedap.
Lagu lekat dekat kepala.
Jelasnya, apabila susuk pertalian itu hampir tamat tempoh, populariti individu yang memakainya juga dikatakan akan semakin berkurangan.
Selain itu, Faridzuan akui mengenali kebanyakan selebriti yang mendapatkan rawatan daripadanya namun memilih untuk menjaga aib dengan tidak mendedahkan identiti masing-masing.
Bila masa susuk dah mula tawar, lagu yang melekat tadi akan hilang daripada fikiran orang ramai.
Saya kenal semua artis yang hubungi saya, tapi kita menjaga aib. Saya berjanji dengan mereka.
Sumber: TikTok @sembangseram








