
Foto: Bangsawan Pictures
Pada Jumaat, telah berlangsungnya konsert ‘Blossom Intimate’ daripada penyanyi Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Ini adalah persembahan sulungnya di Malaysia selepas pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Artikel Berkaitan: ‘I am really proud of you’ – BCL Sebak Lihat Hari Graduasi Anak, Kini Bergelar Pelajar ‘High School’
‘Perform’ dengan anak
Tidak hanya memukau lebih 2,800 orang peminat dengan vokal nyanyian secara ‘live’, BCL memberi kejutan penonton apabila melakukan persembahan bersama anak tunggalnya iaitu Noah Sinclair.
Penampilan istimewa daripada anak lelakinya itu mencuri tumpuan peminat apabila menyanyikan bahagian (part) rap ketika lagu Dance Tonight.
Rata-rata warganet terharu melihat BCL dan Noah berkongsi pentas bersama.
Terharu sungguh tengok persembahan mereka berdua ni. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
‘Daddy mesti bangga dengan awak’
Bukan itu sahaja, semasa nyanyian bersama ibunya, Noah sempat mengungkapkan rasa rindu terhadap arwah Ashraf yang sudah tiga tahun meninggal dunia.
Daddy, saya pulang ke kampung daddy. Saya rindu, daddy boleh nampak saya?
Menjengah di bahagian komen hantaran video, kebanyakan penonton mengatakan semestinya allahyarham bangga melihat bakat anaknya yang terserlah di usia muda.
Ayah awak mesti sangat bangga dengan awak. Noah, persembahan awak memang terbaik!
Tidak kurang juga, ada yang ingin melihat BCL menghasilkan lagu bersama dengan Noah pada masa akan datang.
Video
@nieesazainal Special appearance Noah Sinclair ? #bcl #bclblossomkl #blossomintimateconcert
Sumber: TikTok