berita

Video Raya Kontroversi: Menteri Jelaskan SKMM Tiada Hak Untuk Sekat

April 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Isu tindakan usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menghasilkan video raya kontroversi masih hangat diperkatakan apabila ramai berpendapat bahawa ia kurang sesuai untuk dipertontonkan ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Artikel berkaitan : Menteri Hal Ehwal Agama Rujuk Video Raya Aliff Syukri Kepada JAKIM, Nasihat Padam Semua

Artikel berkaitan : ‘Maaf Ianya Sungguh Memalukan!’ – Ustazah Asma’ Harun Anggap Video Raya Aliff Syukri ‘Barah Kronik’

Terbaharu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyatakan bahawa pihaknya tidak ada kuasa untuk menyekat klip video raya berkenaan.

SKMM tidak ada hak untuk menyekat

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, SKMM tidak ada hak untuk menyekat secara langsung kerana ia hanya boleh dilakukan jika mendapat perintah daripada mahkamah.

Kalau kita sekat dahulu, orang boleh saman kita. Kalau mahu sekat, perlu berdasarkan kepada undang-undang. Kementerian tidak boleh sekat. Yang boleh buat keputusan sekat adalah mahkamah. Kementerian hanya melaksana.

Kalau menteri boleh sekat. Saya hari-hari ada benda nak sekat. Tapi kena ikut undang-undang. Dia ada kaedah.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ketereh ini menyatakan bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil sekiranya perkara tersebut tidak mempunyai bukti yang menyalahi undang-undang. Jika ia menyalahi undang-undang baru tindakan akan diambil.

Kalau tiada, kita tidak boleh buat sesuatu atas dasar ikut suka.

Risau dianggap prejudis

Apabila diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai isu video raya kontroversi itu, beliau tidak mahu memberikan sebarang respon kerana risau akan dianggap prejudis terhadap penyiasatan yang sedang dijalankan oleh SKMM.

Sebab SKMM bawah saya. Kalau saya beri pendapat, nanti siasatan dipengaruhi oleh saya.

Ujarnya lagi, Akta SKMM 1998 masih dikaji dengan teliti kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya terutama bagi hantaran-hantaran yang berpengkalan dari luar negara.

Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×