Seorang pakar perubatan berkongsi kisah seorang remaja perempuan yang tidak mengetahui dirinya sarat mengandung sembilan bulan.
Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Hamil 8 Bulan Dirogol Abang Ipar Lepas Balik Sekolah, Dibayar RM5 Supaya ‘Kunci Mulut’
Artikel Berkaitan: Mengaku Pernah Buat Seks Dengan Teman Lelaki Tapi ‘Buang Luar’, Doktor Kongsi Kisah Remaja Tak Sedar Sedang Hamil
Remaja 14 tahun
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Feny menerima pesakit yang berusia 14 tahun.
Ujarnya, remaja terbabit mengadu mengalami sakit perut yang keterlaluan.
Remaja perempuan berusia 14 tahun di bawa ke hospital oleh ibunya kerana sakit perut.
Saya periksa perut, terasa keras.
Ada garis kehitaman membujur dari perut hingga ke kemaluannya.
Saat membuka vagina, nurse bagitahu kepala bayi sudah kelihatan.
Tambah Dr Feny, hal ini bukan perkara baru malah sering terjadi sepanjang berkhidmat dalam bidang perubatan.
Walau bagaimanapun, bayi dilaporkan selamat dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna tubuh badan.
Sumber: Instagram dr._feny_akp