Seorang pengusaha makanan tampil membantu remaja lelaki OKU (Orang Kurang Upaya) masalah pembelajaran, yang didakwa telah disamun sebaik tiba di ibu kota.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Kuih Terharu, Dedah Amira Othman Bayar Semua Jualan Makanan – ‘Moga Baik-Baik Saja Untuk Kamu’

Artikel Berkaitan: Peniaga Jual ‘Shellout’ RM3 Nafi Ganggu Harga ‘Market’ Penjual Lain – ‘Mana Tak Mampu, Boleh Lah Rasa’

Remaja disamun

@ezzuchang

Kesian budak India OKU datang KL nak cari kerja. Tapi kena samun dekat TBS😢 #ezzuchang #oppazuzukl #fyp

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Menerusi perkongsian di TikTok, peniaga yang dikenali sebagai Ezzu Chang itu memaklumkan bahawa seorang remaja berbangsa India telah disamun.

Remaja tersebut kemudian menceritakan situasi cemas yang dihadapinya kepada Ezzu.

Saya sampai di TBS (Terminal Bersepadu Selatan), ada seorang lelaki dia kata nak bagi saya kerja.

Saya ikut dia masuk ke sebuah lorong, lalu dia pukul kepala saya sampai bengkak, beg dan dompet saya juga diambil.

Simpati dengan nasib remaja itu, Ezzu menghulurkan bantuan dengan memberi sepasang selipar, makanan dan minuman untuknya.

Tidak lama selepas itu, Ezzu mendapatkan sebuah teksi untuk membawa remaja bernasib malang tersebut kembali ke TBS dan pulang ke tempat asalnya.

Selain membayar tambang teksi, Ezzu turut menghulurkan wang untuk remaja tersebut membeli tiket bas.

Terharu dengan bantuan yang diberikan, remaja itu tunduk lalu sujud di kaki pengusaha makanan berkenaan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan keperibadian Ezzu yang sanggup menghulurkan pertolongan tidak mengira bangsa.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji remaja tersebut dengan menyifatkannya sebagai seorang yang beradab.

Sumber: TikTok Ezzu Chang