berita

[VIDEO] ‘Remake’ Video 10 Tahun Lalu, Skil Editing Sofyan Memang Padu!

August 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Siapa sangka bermula dengan sekadar minat, seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Sofian atau sofyank96 berjaya membuatkan orang ramai teruja melihat skill suntingan videonya yang memukau. Kehebatan Sofian berjaya mencuri perhatian ramai termasuk artis visual terkemuka iaitu Zack King.

10 tahun lepas

https://www.instagram.com/p/CDBaeuClS39/

Menerusi perkongsian lalu, Sofian memuat naik video yang dihasilkannya sejak 10 tahun lalu berbekalkan kelengkapan sedia ada. Menurutnya, dia hanya menggunakan laptop kakaknya dan itupun hanya boleh digunakan dua kali sebulan kerana terpaksa menanti kakaknya pulang dari universiti. Tambahnya, dia memulakan hobi tersebut menerusi video tutorial daripada YouTube. Terbaru, dia telah menghasilkan semula video tersebut. Hasilnya, sangat wow!

Storyline yang berbeza

https://www.instagram.com/p/CDar6rOFnsz/

Jelasnya lagi, video kali ini dia menggunakan konsep yang sama iaitu hologram. Tetapi, storyline yang disampaikan berbeza dengan sebelum ini. Mengulas mengenai berapa lama masa yang diambil untuk menyiapkan video, Sofian memaklumkan dia mengambil masa selama 5 malam.

Sumber: Mohamad Sofian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×