berita

[VIDEO] Rentap Rantai Leher Dalam Farmasi, Netizen Dedah Peragut Rupanya Dah Banyak Kes!

November 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan dua orang lelaki telah menyerang seorang wanita sebelum melarikan rantai leher milik mangsa. Perkongsian video tersebut telah mencetuskan kebimbangan orang ramai terutamanya golongan wanita.

Rentap rantai leher mangsa

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, ketika kejadian mangsa berada di kaunter pembayaran sebuah farmasi di Jalan Gombak. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad, kedua-dua suspek yang memakai pelitup muka itu telah datang dari arah belakang dan salah seorang daripada mereka telah merentap dua utas rantai leher milik mangsa.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 8.47 malam, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dapat merakam pergerakan mereka (suspek).

Suspek kemudian menumbuk muka mangsa sebelum bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan premis terbabit.

Kerugian RM10,000

Ekoran daripada itu, mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah berhadapan kerugian kira-kira RM10,000. Difahamkan, nombor pendaftaran yang digunakan oleh kedua-dua suspek juga adalah palsu.

Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta segera menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Shahrizal Saleh di talian 017-713 4705 atau Inspektor Aisyah Mohd Noor di talian 013-933 8214 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Pihak polis kini masih berusaha untuk mengesan suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Pernah ragut cafe juga

Sementara itu, menerusi Twitter Asal Gombak mendakwa bahawa sebelum suspek melakukan jenayah ragut di farmasi terbabit, kedua-dua mereka telah melakukan jenayah yang sama di Cafebox Prima Sri Gombak. Menurut sumber, ianya dilakukan dua jam sebelum mereka menyerang farmasi di Jalan Gombak.

Sumber: Harian Metro, Kosmo Online, Asal Gombak

SKIP THIS AD ×