berita

[VIDEO] ‘Rentas Pagar Pun Tak Lepas Ini’ – Lelaki Termenung Kenang Nasib, Roadblock Depan Rumah

June 4th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama dua minggu merupakan tempoh masa amat penting bagi mengurangan risiko penularan wabak COVID-19. Kini, seluruh rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan juga negeri.

Termenung tengok polis bertugas dekat roadblock

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Hermy Rahim di akaun Twitter, kelihatan seorang pemuda sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya. Ternyata, lelaki berkenaan sedang melihat polis yang sedang menjaga sekatan jalan raya di kawasan rumahnya.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah caranya yang sedang berdiri di depan pagar sambil memerhatikan polis tersebut seolah termenung mengenangkan nasib sangat menghiburkan.

Bukan kata rentas daerah atau negeri, nak rentas pagar pun tak lepas macam ni.

Video berdurasi 14 saat itu telah meraih sebanyak lebih 200 ribu tontonan serta mendapat lebih 17 ribu retweets.

‘Nak keluar, tapi hanya mampu ‘niat’, sabarlah bang’

‘Buka pintu je dia pandang belakang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan yang dilihat seperti termenung. Malah ada juga di antara mereka yang suka apabila perkara berkenaan terjadi pada diri mereka kerana dapat melihat anggota polis yang sedang bertugas.

Sumber : HermyRahim

SKIP THIS AD ×