Peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Rezza Shah pernah mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesihatan terjejas.
Artikel Berkaitan: Jimi CSOIAM Bangga Bakal Sepentas Dengan Aina Abdul – ‘Bukan Senang Nak Berduet Dengan Artis Malaysia’
Artikel Berkaitan: Juri Terkejut Empat Peserta Tersingkir CSOIAM, Undian Pengundi Beri Impak – ‘Jangan Mengundi Sebab Dia Comel Atau Cantik’
Lupa ingatan
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Rezza atau nama lengkapnya Muhammad Shahrezza berkata, dia mengalami detik cemas itu bersama rakannya sehingga menyebabkan trauma sehingga ke hari ini.
Antara perubahan besar yang dialami adalah daya ingatannya merosot sehingga menjejaskan kerjayanya.
Ketika itu saya kemalangan bersama rakan saya dan koma selama dua setengah hari. Kepala saya memerlukan 11 jahitan manakala rakan saya cedera pada tulang selangka.
Trauma masih tersisa sampai sekarang kerana banyak memberi kesan kepada saya. Selepas kemalangan, saya mengalami lupa ingatan. Cabarannya ketika berlakon, sukar untuk saya hafal skrip dan lagu juga.
Selain itu, penyanyi berusia 22 tahun tersebut mendedahkan bahawa pertuturannya turut terjejas akibat insiden berkenaan.
Dulu saya tidak terlalu pelat seperti sekarang tetapi selepas kemalangan, ia makin pelat.
Rezza berkata demikian pada sidang media minggu ketiga CSOIAM yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam.
Rezza bersyukur
View this post on Instagram
Menurut Rezza, dia perlu menggunakan teknik tertentu untuk menghafal lagu dan juga skrip.
Jadi saya kena cari teknik-teknik untuk menghafal. Saya perlu tulis semula.
Selama tiga minggu ini saya pakai teknik itu.
Demi meneruskan perjuangannya di CSOIAM, penyanyi berasal dari Sarawak itu juga terpaksa menangguhkan dahulu rawatannya.
Saya perlu menjalani rawatan namun buat ketika ini saya tangguhkan dahulu untuk fokus CSOIAM.
Selepas pertandingan saya akan sambung rawatan terutama di bahagian kepala saya sebelah kanan.
Walau bagaimanapun, Rezza tetap bersyukur kerana terselamat daripada insiden itu dan yakin Allah SWT masih memberikannya peluang untuk meneruskan kehidupan.
Allah masih beri peluang untuk bernafas lagi, mungkin dia nak saya berubah menjadi manusia yang lebih baik.
Saya bersyukur diberi peluang kedua untuk hidup balik walaupun kemalangan itu memang boleh membawa maut.
Terdahulu, Rezza menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), manakala rakannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Taman Midah, Cheras.