berita

[VIDEO] Ribut Petir & Angin Kencang Di Kedah Hampir Cabut Nyawa 8 Sekeluarga

August 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kejadian ribut petir dan angin kencang melanda di beberapa kawasan di utara Malaysia termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis malam tadi. Banyak kerosakkan harta benda yang telah berlaku disebabkan fenomena alam ini. Namun, apa yang menjadi takutan ialah kehilangan nyawa angkara kejadian ini.

Menerusi Harian Metro, disebabkan ribut dan angin kencang itu, lapan sekeluarga nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Sungai Baru Tengah, Alor Setar Kedah.

Pokok hempap kereta

https://www.facebook.com/jjcmkedah/videos/468671500640008/

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, mangsa terdiri daripada lelaki, wanita dan tiga remaja termasuk tiga kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun.

Pelbagai kerosakkan harta benda

https://www.facebook.com/CommunityBandarBayanBaru/videos/1602073749927528/

Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan pada 8.44 malam membabitkan sebuah kenderaan dihempap pokok tumbang di lokasi kejadian.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairil Anuar Said bersama enam anggota tiba di lokasi pada 9.01 malam

Setibanya di lokasi didapati ada dua mangsa tersepit manakala yang lainnya tidak tersepit.

Tindakan yang dilakukan anggota bomba adalah dengan mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menaiki ambulans manakala tiga lagi mangsa dihantar dengan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Mangsa warga Magribi

Dalam kejadian itu juga, pihak bomba menerima maklumat bahawa tiga mangsa cedera telah dihantar ke Hospital Langkawi. Salah seorang mangsa merupakan wanita warga Magribi manakala dua lagi mangsa masih belum diketahui identitinya.

Anggota bomba di 19 BBP di negeri ini sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan ribut atau angin kencang melanda lagi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×