berita

[VIDEO] ‘Rider’ Wanita Ini Sahut Cabaran Redah Hujan Lebat Untuk Hantar Makanan!

December 27th, 2021 | by Danial
Kini Trending

Kisah mengenai penunggang motosikal perkhidmatan penghantaran makanan atau  ‘rider’ sering mendapat perhatian netizen.

Lebih-lebih lagi sejak pandemik Covid-19 melanda negara yang mencetuskan lonjakan permintaan penghantaran makanan.

Namun, sejak musim hujan baru-baru ini, rider merupakan antara golongan yang terkesan kerana pekerjaan mereka menjadi lebih mencabar apabila terpaksa mengharungi hujan demi menghantar makanan yang dipesan pelanggan.

Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi penghalang buat mereka yang bergelar rider. Seperti seorang rider wanita yang sempat dirakam oleh lensa OHBULAN! ini, dia gigih menjalankan tanggungjawabnya meskipun dalam musim hujan ini.

Jom kita saksikan cabaran yang dihadapi rider wanita ini.

Wah tak sangka Amat dan Pika berjaya menyahut cabaran OHBULAN! untuk menjadi rider foodpanda selama satu hari. Ternyata apa yang mereka  lalui, membuktikan sesiapa saja mampu untuk menjadi seorang rider asalkan mempunyai kesungguhan dan keikhlasan dalam menjalankan tugas.

Bukan tu je, kita dapat lihat betapa struggle Amat dan Pika menghadapi segala rintangan sewaktu nak menyelesaikan cabaran kali ini. Begitu jugalah lebih kurang rintangan yang dihadapi oleh foodpanda rider sebenar di luar sana. Cuma bezanya, mereka menghadapi rintangan ini tiap hari demi mencari rezeki. So memang patut kita respect pada mereka yang bergelar rider kerana  memudahkan urusan kita untuk membeli makanan dan barang keperluan setiap hari.

foodpanda siap sedia memberikan khidmat!

Di musim cuaca yang tak menentu ini, foodpanda akan sedia untuk memberikan perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan keperluan harian khusus buat korang yang membuat pesanan di aplikasi foodpanda. Keselamatan korang adalah keutamaan foodpanda.

Jaga diri dan keluarga korang. foodpanda berharap untuk terus dapat memberikan perkhidmatan penghantaran dan bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas banjir. Untuk korang yang belum mempunyai aplikasi foodpanda, anda boleh dapatkan sekarang juga!

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×