![[VIDEO] Ridzokumura Sebak Kongsi Cerita Kebaikan Arwah Akiko – ‘Setiap Hari Dia Pergi Dekat Kereta & Masukkan Duit’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/ridz-akiko-1.jpg)
Usahawan Ridzuan Ridzokumura mendedahkan tentang kebaikan arwah isteri iaitu Allahyarhamah Akiko Okumura yang tidak akan luput dari ingatannya.
Artikel Berkaitan: Ridzokumura Akui Khilaf, Terima Teguran Netizen Bawa Anak Tonton Konsert – ‘Sky Terus Balik Selepas Persembahan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Kongsi Arwah Akiko Simpan Rapi Duit Raya Anak Sejak Umur Setahun – ‘Nanti Sky Boleh Tunaikan Haji’
Akiko banyak bantu
Menerusi Podcast Borak Hari Ini, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib berkongsi bahawa arwah Akiko berasal daripada keluarga yang berharta.
Saya ada 10 orang adik beradik dan datang dari keluarga yang susah. Belajar pun tak pandai.
Saya dulu pernah tanam pokok kelapa sawit, sampailah saya jumpa arwah isteri saya tapi saya pun tak tahu dia orang senang.
Dia tak pernah bercerita siapa diri dia, lepas kahwin baru saya tahu.
Menurut Ridzuan, arwah Akio banyak membantu dirinya terutama ketika di awal usia perkahwinan mereka.
Setiap hari saya ada je duit nak beli makanan.
Selepas dua tahun dia cerita pada saya, dia akan pergi dekat kereta saya dan setiap hari dia akan masukkan duit.
Takkan terganti

Bercerita lanjut, Ridzuan berkata, arwah Akiko tidak mempunyai rakan dan hanya menumpukan sepenuhnya kepada keluarga tercinta.
Arwah isteri saya, dia tak ada dosa dengan manusia sebab dia tak ada kawan langsung. Selama 16 tahun dia kahwin dengan saya, dia cuma fokus pada saya dan anak.
Saya nak bagi pembantu dan pemandu dia tak nak.
Saya pernah bertanya kenapa tak mahu berkawan, tapi katanya dia sangat sayang akan keluarga.
Dia terlalu baik, segala-galanya dia buat untuk saya.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.
Sumber: TikTok Berita Harian








