![[VIDEO] Riena Diana Masak Bekal Untuk Keith Foo, Netizen Komen Layak Dapat Hantaran RM30k](https://asset.ohbulan.com/2025/06/riena-dan-keith-1.jpg)
Tindakan pelakon, Riena Diana menyediakan bekal untuk kekasihnya, Keith Foo ketika sesi penggambaraan bersama di London mendapat pujian daripada netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana ‘Throwback’ Lakonan Keith Foo Dalam Video Muzik – ‘Kau Propose Rossa Tapi Tak Propose Dekat Aku’
Artikel Berkaitan: Riena Diana & Keith Foo Banyak Persamaan, Nafi ‘Sailang’ Daripada Tiz Zaqyah – ‘Mereka Hanya Bekerjasama Untuk Satu Produk’
Masak untuk Keith
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, memuat naik video memaparkan dirinya sedang memasak seawal jam 7 pagi untuk Keith.
Kata Riena, dia sudah merindui masakan Malaysia setelah berada di negara itu beberapa hari yang lalu.
Ini pertama kali saya datang London dan shooting untuk drama terbaru saya dan Keith iaitu Janji Pada Hati.
Saya rindu masakan Malaysia jadi saya masak sendiri dan bekalkan untuk Keith juga.
Inilah rutin saya beberapa hari ini sebelum shooting dimulakan pada awal pagi.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memuji aktres tersebut dengan mengatakan dia merupakan bakal isteri idaman kerana bersungguh menyediakan bekal untuk Keith pada setiap pagi.
Sementara itu, netizen turut berseloroh mengatakan Riena layak mendapat hantaran melebihi RM30,000 serta memuji kecantikan semula jadinya.
Komen netizen
Sumber: TikTok