berita

[VIDEO] ‘Rindunya Mak Dekat Kampung, Nak Balik Raya!’ – Ramai Menitis Air Mata Tonton Video Fauziah Nawi

May 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tahun lalu, pelakon veteran, Fauziah Nawi memuat naik satu video pesanan buat masyarakat di Instagram mengenai jangan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Syawal tahun ini. Video tersebut ternyata mengundang sebak dan meraih perhatian rakan selebriti yang lain.

Artikel berkaitan: ‘Tak Payah Balik, Mak Okay & Insyallah Nanti Kita Akan Bersama..’

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya, Fauziah Nawi turut memuat naik sebuah video pesanan buat anak-anaknya yang tidak dapat beraya bersamanya pada tahun ini. Sedihnya!

Memang tak boleh balik lagi kan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Assalamualaikum anak emak, memang tak boleh balik lagi kan. Nak buat macam mana keadaan macam ni. Kita kena kuatkan hati. Kita jangan lawan, tak guna. Berdoa semoga kita semua umur panjang dan kita dapat berjumpa lagi. Tak, bohong kalau emak tak sedih. Tapi keadaan dah macam ni nak buat macam mana. Anak emak kena kuat untuk emak dan emak kena kuat untuk anak emak. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat anak emak.

Menurut Fauziah Nawi, dia sedih kerana ramai ibu bapa di luar sana tidak dapat beraya bersama anak-anak mereka yang berada di perantauan dek kerana larangan merentas negeri dan daerah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sebagai ibu, Fauziah berharap kesemua ibu bapa di luar sana dan anak-anak tabah dengan dugaan ini.

Berikutan video tersebut, ramai yang meluahkan perasaan sedih dan berharap dapat pulang ke kampung halaman selepas semuanya beransur pulih.

Dah berapa tahun kita selalu bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi)

Terdahulu, Fauziah Nawi turut memberi pesanan buat anak-anak di luar sana agar tidak perlu pulang beraya di kampung. Ini kerana, nyawa lebih penting dan berharga. Tambahnya, dia turut berpesan agar semua orang perlu menjaga kebersihan diri selain mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: Fauziah Nawi

SKIP THIS AD ×