berita

[VIDEO] Risau Cara Fasha Sandha Lambung Anak, Netizen Titip Nasihat – ‘Bahaya Untuk Otak Bayi’

January 25th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon jelita, Fasha Sandha menerusi satu hantaran di Instagram, berkongsi momen bahagia bersama anak bongsunya iaitu Aisha Amaira. Namun begitu, tindakan Fasha melambung anaknya itu menarik perhatian dan menjadi topik perbualan hangat netizen.

Artikel berkaitan : Sepanjang 16 Tahun Tak Pernah Lewat ‘Call Time’, Fasha Sandha Percaya Disiplin Kunci Kekal Relevan

Artikel berkaitan : Selesa Jalankan Rutin Kehidupan Secara Sederhana, Fasha & Suami Tak Suka Tayang Kebahagiaan Di Media Sosial

Netizen risau cara Fasha lambung anak

Difahamkan, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan menyatakan bahawa aksi tersebut hanyalah kerana dia merindui anaknya setelah baru sahaja pulang dari tempat kerja.

Momen paling best bila balik kerja. Rindu anak-anak ibu selalu masa ibu kat tempat kerja.

Walau bagaimanapun, cara gurauan dengan melambung anaknya itu kurang disenangi warganet kerana risau anak kecil berkenaan tercedera atau mengalami gegaran pada bahagian otak sekiranya terjatuh. Malah ada juga di antara mereka yang menasihati agar pelakon itu tidak bergurau seperti itu lagi.

Jangan lambung tinggi kak Fasha bahaya takut nanti Aisya jatuh ke bawah kalau terlepas tangan.

Ini berkenaan dengan otak dah. Dah biasa ke lambung tinggi-tinggi? Better stop Fasha bergegar otak.

Ingatkan sekali je dia lambung rupanya banyak kali. Seramnya takut baby terjatuh. Bahaya untuk otak bayi jugak.

Namun, Fasha memberitahu bahawa anak bongsunya itu sudah terbiasa dengan gurauan seperti itu dan menyatakan apa yang penting adalah fokus kerana ia sama seperti mendukung anak, di mana kadang-kadang anak juga boleh terlepas dari genggaman ketika didukung.

Dah biasa dah buat macam tu insyaAllah okay.

Kena pastikan awak fokus, fokus sama macam sedang mendukung. Mendukung pun kadang-kandang boleh terlepas kan?

‘Rindu anak-anak’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber : fashasandha

SKIP THIS AD ×