Hantaran pengacara dan pelakon Raja Azura menyorot perhatian netizen yang membahas lanjut mengenai masakan pengantin baru, Fattah Amin dan Amira Othman.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Seperti Orang Lain Yang Dapat Mimpi Dib*kar Sebelum Pilih Untuk Bertudung’ – Raja Azura

Gosip pengantin baru

@raja.azura

kita ni kepala lembu pun kita bakar puuuuuuuuuunnnnnnn 😌🤣 #foryoupage #fyp #trending #2025tiktok

♬ original sound – Raja.azura – Raja.azura

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, 52, dilihat bersama dua rakan selebritinya iaitu Rita Rudaini dan Sharifah Shahora.

Video berdurasi hampir seminit itu difahamkan sedang bercerita mengenai Amira yang menyediakan masakan ikan bilis tumis bawang dan cili di siaran langsung TikTok.

Baru menikah, goreng ikan bilis dengan cili api dan bawang.

Amira Othman dan Fattah Amin jadi tular. Ikan bilis dengan bawang pun sedap.

Bagaimanapun, reaksi pelakon Rita Rudaini meraih pujian warganet apabila dilihat tidak turut serta dengan topik tersebut walaupun duduk semeja.

Rita Rudaini raih pujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat personaliti pelakon filem Mami Jarum yang tidak turut serta ‘membawang’. Selain itu, warganet melabel Rita sebagai wanita matang dan ‘classy’ apabila hanya membuat hal sendiri.

Sumber: TikTok @raja.azura