Sudah sah bergelar suami isteri pada bulan yang lalu, pasangan sensasi, Lesti Kejora dan Rizky Billar masih menjadi perhatian dalam kalangan netizen di media sosial sehingga ke hari ini.
Artikel berkaitan: [FOTO & VIDEO] Kecoh Isu Cium Dahi Sebelum Kahwin, Lesty Kejora & Rizky Billar Akhirnya Sah Nikah
Terbaru, Lesti secara tidak sengaja memberitahu kepada umum bahawa mereka sering mandi bersama. Pendedahan tersebut dilakukan oleh Lesti ketika dia dan suami menjadi tetamu dalam saluran Youtube Rans Entertainment, semalam.
Sikap buruk pasangan
Menerusi video berdurasi 15:26 saat itu, isteri kepada penyanyi, Raffi Ahmad iaitu Nagita Slavina bertanya kepada Lesti dan Rizky mengenai sikap buruk masing-masing setelah mendirikan rumah tangga. Menurut Rizky, dia baru sedar bahawa isterinya seorang yang tidak menepati masa. Terkejut mendengar pengakuan si suami, Lesti menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan pula sikap suaminya kepada umum. Ujar Lesti, Rizky boleh mandi selama dua jam di dalam bilik air selagi pintu bilik air tersebut tidak diketuk olehnya.
Sesi sembang santai tersebut tidak berakhir di situ. Rizky mula membongkar rahsia mereka berdua selepas berkahwin. Jelas Rizky, mereka selalu mandi bersama.
Kami kalau mandi bersama sudah pasti akan lama. Ini kerana, ‘shower’ di rumah cuma ada satu. Jadi kami guna secara berganti-ganti.
Bagi mengelakkan sebarang kontroversi, Lesti dipercayai cuba untuk ‘coverline’ dan beritahu bahawa rumah mereka hanya mempunyai satu ‘shower’ sahaja dan mereka terpaksa berkongsi.
Tak apa mandi bersama
Nagita yang dilihat terkejut mendengar pengakuan tak terduga oleh pasangan tersebut kemudian menerangkan kepada semua bahawa aktiviti mandi bersama pasangan bukan satu kesalahan memandangkan mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri.
Tak apa kalian berdua mahu mandi bersama. Kalian sudah jadi suami isteri yang sah.
Sumber: Rans Entertainment