Jenama fesyen tempatan, Rizman Ruzaini mendedahkan telah membayar RM3 juta kepada model terkenal antarabangsa, Naomi Campbell bagi memperagakan busana rekaan mereka di Fashion Week, Dubai pada Oktober tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Bukan Kaleng-Kaleng! Naomi Campbell ‘Catwalk’ Di Minggu Fesyen Dubai, Peraga Jenama Rizman Ruzaini
Artikel Berkaitan: Rizman Ruzaini Tak ‘Berlawan’ Dengan Tudung Lain – ‘Jenama Kami Ada Pengikut Sangat Kuat’
Bayaran Naomi cecah RM3 juta
Menerusi Podcast Apa Cerita?, pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman mendedahkan selain membayar RM3 juta, mereka juga terpaksa menggunaan ‘orang dalam‘ untuk bekerjasama dengan Naomi Campell.
Dia tak cakap apa-apa lagi ketika itu termasuk tentang bayaran, tapi minta saya tunjukkan dress. Saya tunjuk dan katanya ‘i’m in’! Masa itu tak tahu lagi harga.
Bercerita dengan lebih lanjut, Rizman berkata pihak Naomi pada awalnya meletakkan bayaran RM1 juta lebih sahaja namun dinaikkan secara tiba-tiba disebabkan populariti Naomi pada ketika itu.
Kebetulan waktu itu Naomi baru keluar sebagai muka hadapan majalah Vogue, ada dokumentari fasal dia dan pameran. Mungkin kerana kami pereka dari Malaysia, jadi dia ingin ‘ketuk’ sebab bayarannya masa tu mencecah lebih RM4.5 juta.
Kemudian kami sendiri berbincang dengan pihak Naomi dan bila tahu ada pihak cuba ‘main harga’, Naomi marah lah dan akhirnya dia bersetuju dengan harga asal.
Kami bayar dia RM3 juta, ibaratnya beli banglo cash. Tapi ada orang yang tolong jugalah.
Untuk rekod, Naomi menggayakan gaun berwarna putih dan hitam yang dihiasi dengan kristal serta dipadankan dengan jaket bolero di pentas Dubai Fashion Week yang bertemakan Spring Summer 2024.
Rekaan tersebut turut diilhamkan daripada legenda rakyat Nusantara diberi nama Naga Seri Gumum yang mengisahkan tentang naga tidur di Tasik Chini, Pahang.
Video
Sumber: Youtube Podcast Apa Cerita?