berita

Video Romantis Engku Emran Lamar Noor Nabila Atas Belon Panas, ‘Nikoh Jom’!

March 19th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran pagi tadi menjadi bualan hangat netizen. Walaupun kedua-dua mempelai ini bukanlah selebriti, namun masing-masing mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Artikel berkaitan: Noor Nabila, Engku Emran Sah Nikah Pagi Ini

Terbaru, syarikat belon panas akhirnya kongsi foto lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila yang telah disimpan sejak sekian lama. Sweetnya sampai atas awan melamar!

Memang sweet betul!

Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua mempelai ini.

Menurut syarikat belon panas tersebut, pihak mereka sudah merahsiakan lama perkara ini atas permintaan mereka. Malah rancangan untuk melamar Nabila juga disimpan kemas oleh adik Nabila iaitu Atisha Khan dan Engku Emran sendiri.

Kami dengan senang hati dapat tahu bahawa kejutan ini menjadi. Kami turut mempersembahkan penampilan istimewa daripada penyanyi, Ferhad dengan beberapa lagu semasa majlis lamaran itu.

Bukan sahaja kejutan menaiki belon panas, malah mereka juga menjemput penyanyi Singapura, Ferhad bagi memeriahkan lagi suasana romantis tersebut.

Kejutan demi kejutan

Rata-rata di ruangan komen melahirkan rasa gembira kepada pasangan pengantin baru yang baru diijabkabul pagi tadi. Tak kurang juga yang mendoakan agar perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga. Memang sweet betul Engku Emran, patutlah Nabila sayang kan?

Sumber :myballoonadventure

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×