Pelakon kecil molek, Datin Intan Najuwa menarik perhatian ramai apabila hadir ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bersama suami tersayang, Datuk Ahmad Asraf Azman, pada malam Rabu.
Datin Intan Najuwa dan suami
Meskipun baru melangsungkan perkahwinan, tetapi Datin Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid dilihat terbuka membawa suaminya ke majlis-majlis terbuka.
Menerusi video yang dikongsikan EhMalaysia, memaparkan pelakon berusia 26 tahun ini menggayakan busana berwarna hitam yang dihiasai dengan corak berwarna putih. Manakala, Datuk Ahmad Asraf lengkap mengenakan sut berona hitam.
Pasangan pengantin baharu ini dilihat sangat romantis dengan berpegangan tangan semasa menggayakan pakaian masing-masing di hadapan kamera.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keserasian pasangan ini yang dikatakan bagai pinang dibelah dua. Bukan itu sahaja, mereka berpendapat bahawa wajah Datuk Asraf kelihatan lebih muda dari usianya.
Sekadar info, Datin Intan Najuwa dan Datuk Ahmad Asraf Azman telah melangsungkan perkahwinan di Desaru Coast, Johor pada 18 Ogos lalu.
Sama cantik, sama padan
View this post on Instagram
Komen
Sumber: EhMalaysia