Pempengaruh media sosial, Rosix Omar seakan memberi bayangan rakannya iaitu usahawan Noor Nabila bakal melangsungkan hari bahagia pada April akan datang.

Artikel Berkaitan: Momen Sweet! Mr AA Nyanyikan Lagu ‘Permata Buat Isteri’ Untuk Noor Nabila

Artikel Berkaitan: ‘AA Pandai Memasak, Hormat Saya & Sedang Rancang Perniagaan Makanan Jepun Bersama’ – Noor Nabila

Hari bahagia Noor Nabila?

@ohbulanofficial

Pempengaruh media sosial, Rosix Omar seakan memberi bayangan rakannya iaitu usahawan Noor Nabila bakal melangsungkan hari bahagia pada April akan datang. #ohbulan #kinitrending #rosixomar #noornabila

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story, memaparkan Rosix menemani kakak kepada selebriti Noor Neelofa berada di sebuah kawasan lapang yang dipercayai sebuah lokasi acara.

Apa yang menarik perhatian adalah kehadiran perunding perkahwinan terkenal, Reka Teemor, yang turut berada di lokasi tersebut. Mereka turut sedang berbincang mengenai susun atur dan hiasan majlis.

Bagaimanapun, Rosix sempat mengusik dengan menyatakan bahawa sesuatu yang besar akan berlaku pada bulan hadapan.

Perbincangan sangat serius ya… nantikan 18 April ini guys. Siapa yang dapat jemputan, sila datang ya!

Bukan itu sahaja, Rosix turut menunjukkan paparan skrin telefon bimbit yang memaparkan rekaan pelamin atau hiasan dalaman yang bertemakan ‘Moroccan’.

Bagaimanapun, Nabila dilihat hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang pengesahan rasmi mengenai majlis apa yang bakal berlangsung.

Terdahulu, Noor Nabila sendiri mengakui dia kini berada dalam fasa mengenali hati budi Mr AA. Dia turut berkongsi bahawa jejaka berkenaan berjaya menambat hatinya bukan sahaja kerana kebolehannya memasak, tetapi juga beberapa ciri istimewa lain yang membuatkan dirinya berasa selesa.

Untuk rekod, Noor Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan usahawan Engku Emran, namun kedua-dua perkahwinan tersebut berakhir dengan perpisahan.

Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

Sumber: Instagram Rosix Omar