![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)
Pengacara dan penyanyi Roslan Shah berkongsi momen pertemuan pempengaruh, Sajat bersama ibunya.
Artikel Berkaitan: Sajat Syukur Bersatu Semula Dengan Anak Selepas Empat Tahun Terpisah, Netizen Tumpang Gembira – ‘Awak Memang Ayah Hebat
Sajat bertemu ibu

Menerusi hantaran di Threads, Roslan, 56, memuat naik video kelihatan Sajat dan ibunya sedang menangis berpelukan melepaskan rindu selepas kira-kira enam tahun tidak bersua.
Difahamkan Sajat dan ibunya berjaya dipertemukan oleh Roslan di Singapura.
Sebak saya tadi apabila seorang ibu memeluk seorang anak yang sudah lama tak bertemu.
Saya tadi menjemput ibunya di Larkin, Johor Bahru sampai dari Rembau jam 4 pagi bersama pembantu saya, terus masuk ke Singapura.
Kita doakan yang baik baik saja. Amin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat dua beranak itu.
Dalam masa yang sama, mereka turut menghargai bantuan dan usaha yang dilakukan Roslan.
Untuk info, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 41, menetap di Australia selepas meninggalkan Malaysia sejak tahun 2021.
Sumber: Threads

![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)





