![[VIDEO] Ruhainies Tak Lekang Dengan Tasbih Digital, Bertudung Labuh Hadir Majlis Ilmu](https://asset.ohbulan.com/2025/06/ruhainies.jpg)
Kehadiran pelakon Ruhainies ke majlis ilmu yang turut dihadiri oleh barisan selebriti lain meraih perhatian warganet dengan penampilan manis bermuslimah.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Ni Asyik Hantar Bunga Je, Bila Nak Hantar Rombongan?’ – Ruhainies
Artikel Berkaitan: Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati – ‘Kalau Rasa Rimas, Saya Padam & Tak Benci’
Hadir majlis ilmu
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dilihat sedang menjamu selera di meja bersama pelakon Nora Danish dan Betty Rahmad.
Pada video berdurasi sembilan saat itu, Ruhainies mengenakan tudung berwarna hitam dan jubah bercorak semasa menghadiri majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Anuar.
Bagaimanapun, penampilan pelakon berusia 32 tahun itu meraih perhatian dengan dirinya yang tidak lekang dengan tasbih digital di jari.
Semoga menjadi lebih baik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Ruhainies kekal istiqamah mendalami ilmu agama. Selain itu, warganet turut memuji imejnya yang manis dan sopan semasa menghadiri majlis ilmu.
Sumber: TikTok @Ayuuuushi & Instagram @ruhainies7