Foto: Syahmi
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syahmi berdepan detik cemas apabila secara tidak sengaja merakam ‘bayangan’ kelibat misteri yang dipercayai pocong pada pukul 4 pagi.
Kisah seram tersebut yang terjadi sewaktu bulan Ramadan diperincikan menerusi satu thread dan memperoleh pelbagai respon daripada warganet.
Pagi-pagi ketuk pintu
Jelas lelaki ini, kejadian ini terjadi sewaktu ahli keluarganya yang lain sedang nyeyak tidur dan dia ketika itu sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pihak universiti. Pada masa kejadian, dia sempat untuk memasak bagi mengisi perut yang sedang lapar namun, alangkah terkejutnya dia apabila terdapat ‘seseorang’ yang bertindak mengetuk pintu rumahnya.
Apa yang lebih menakutkan, apabila ‘individu’ berkenaan masih mengetuk pintu dan ketukan itu seolah-olah tidak menggambarkan manusia biasa yang mengetuk.
‘Kiri kanan takde orang’
Dia ketuk tak henti tanpa salam, so taknak kejutkan family/jiran sebab bunyi pintu, aku pon terbantut lah kejap buat maggi tu, baru nak gaul.
So aku bukak pintu tarik pagar tengok takde orang, haa aku pelik lah .. aku tengok kiri tengok kanan takde orang. pic.twitter.com/19Hzagnu4g
— ??????????????????????? (@syhmrza) May 4, 2021
Susulan daripada itu, lelaki ini mengambil keputusan untuk meninjau di kawasan luar rumahnya namun, tiada siapa yang berada di depan pintu rumahnya itu. Tetapi, alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak pocong yang berada di hujung koridor rumahnya itu.
Jelasnya lagi, ketika kejadian wajah pocong itu tertutup oleh kain sebelum dia mengambil keputusan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran. Pada masa yang sama, dia turut hairan bagaimana seseorang itu boleh masuk ke pintu rumahnya walhal terdapat pagar yang berkunci dan seseorang itu perlu melepasi pagar itu terlebih dahulu sebelum boleh mengetuk pintu rumahnya.
Sumber: Syahmi