![[VIDEO] Rumah Usahawan Dipecah Masuk, Kerugian Cecah RM360,000](https://asset.ohbulan.com/2025/11/Nanadbee-1.jpg)
Usahawan Nanadbee baru-baru ini menyorot perhatian ramai selepas berkongsi detik cemas apabila rumahnya didakwa dipecah masuk.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM, Founder Kelantan & Usahawan Rawang
Artikel Berkaitan: Kak KM Akui Trauma Selepas Insiden Rumah Kena Pecah Masuk – ‘Takut Pejam Mata Dia Datang’
Barang berharga dan emas hilang
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Pengasas produk kecantikan Nanadbee Glowing Gebu Gebas memaklumkan keperluan berharga dan barangan kemas miliknya turut hilang.
Minta tolong kepada sesiapa yang ternampak mana-mana posting menjual barang-barang seperti topi keledar Arai stella merah dan Hitam, Shoei nos kuning dan biru dan juga emas bernilai anggaran RM300,000, sila hubungi 0184644703 (Nanad).
CCTV tak ada?

Di sebalik luahan tersebut, munculnya satu komen yang mempersoalkan tentang keselamatan rumah pengasas berkenaan.
Bagaimanapun, Nanadbee menjelaskan bahawa kediamannya itu mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Sumber: TikTok








