Usahawan Nanadbee baru-baru ini menyorot perhatian ramai selepas berkongsi detik cemas apabila rumahnya didakwa dipecah masuk.

Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM, Founder Kelantan & Usahawan Rawang

Artikel Berkaitan: Kak KM Akui Trauma Selepas Insiden Rumah Kena Pecah Masuk – ‘Takut Pejam Mata Dia Datang’

Barang berharga dan emas hilang

@nanadbebe

SOS‼️ SOS‼️ SOS‼️ MINTAK TOLONG SIAPA SIAPA YANG DAPAT ATAU TERNAMPAK MANA MANA POSTING YANG JUAL BARANG BARANG DIBAWAH YANG DILETGO SECARA MURAH/LELONG TOLONG PM NANAD ATAU HUSBAND @tengkudon_ 1. ARAI STELLA MERAH SIZE M 2. ARAI STELLA HITAM SIZE M 3. SHOEI NOS KUNING 4. SHOEI BIRU 5. EMAS BERNILAI ANGGARAN 300 RIBU 0184644703 (nanad) & 0197165374 (don)

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Pengasas produk kecantikan Nanadbee Glowing Gebu Gebas memaklumkan keperluan berharga dan barangan kemas miliknya turut hilang.

Minta tolong kepada sesiapa yang ternampak mana-mana posting menjual barang-barang seperti topi keledar Arai stella merah dan Hitam, Shoei nos kuning dan biru dan juga emas bernilai anggaran RM300,000, sila hubungi 0184644703 (Nanad).

CCTV tak ada?

Di sebalik luahan tersebut, munculnya satu komen yang mempersoalkan tentang keselamatan rumah pengasas berkenaan.

Bagaimanapun, Nanadbee menjelaskan bahawa kediamannya itu mempunyai sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Sumber: TikTok