berita

[VIDEO] Rusuhan Makin Teruk, Polis Miami Melutut Mohon Maaf Atas Kematian Floyd

June 2nd, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kematian seorang lelaki Afrika-Amerika iaitu George Floyd telah mencetuskan tunjuk perasaan selama berhari-hari di Minneapolis dan bandar di Amerika Syarikat. Tunjuk perasaan itu dilakukan sebagai membantah kekejaman terhadap lelaki itu.

Terbaru, polis Miami dilihat melutut memohon maaf daripada penunjuk perasaan berhubung insiden kematian itu.

Melutut dan menangis

Tindakan polis Miami melutut itu bagaimanapun telah melembutkan hati penunjuk perasaan disitu. Malah, tindakan tersebut telah membuatkan ramai di antara mereka menangis dan menganggap sebagai sesuatu diluar jangkaan.

Dalam masa yang sama penunjuk perasaan turut berlutut juga melakukan perkara yang tersebut.

Penuh dengan tangisan

https://www.facebook.com/BigscoutNanaPrempe/videos/892823347899941/

Memetik laporan BH Online, keluarga mangsa Floyd menuntut ketiga-tiga pegawai polis terlibat dipecat dan didakwa atas tuduhan membunuh. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada tindakan anggota polis merebahkan badan mangsa ke jalan tar dan meletakkan lutut ke bahagian leher mangsa. Akhirnya Floyd meninggal dunia akibat tidak boleh bernafas.

Rusuhan itu telah mengakibatkan beratus-ratus kedai telah dirosakkan dan sebuah balai polis dibakar.

Sumber: Bigscout Nana Premph, ABC News

SKIP THIS AD ×