![[VIDEO] ‘Sabar Saya Pun Ada Limit, Dah Penat Maafkan Manusia Berhati Hitam’ – Ridzuan Ridzokumura](https://media.ohbulan.com/2025/03/ridzokumura.jpg)

Usahawan Ridzuan Ridzokumura memaklumkan tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan fitnah ke atasnya berkaitan arwah isterinya, Akiko Okumura.
Artikel Berkaitan: Isteri Usahawan Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia – ‘Akiko Telah Pergi Tinggalkan Saya & Anak’
Artikel Berkaitan: ‘Sky Kata Kenapa Tuhan Ambil Mak Dia Masa Umur Dia 13 Tahun’ – Ridzuan Ridzokumura
Penat memaafkan

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Abd Ridzuan Abdul Mutalib itu berkongsi video memaparkan komen-komen negatif yang ditinggalkan segelintir netizen.
Ridzuan turut berkata dia membuat keputusan tersebut kerana sudah tidak rela memaafkan individu yang memfitnahnya.
Ini baru sedikit ada banyak lagi, tunggu surat peguam saya sampai. Saya sudah penat memaafkan manusia yang berhati hitam ini.
Sabar saya pun ada limit, maaf tolong hentikan semua fitnah. Sedikit pun saya tidak memaafkan apa-apa yang anda tulis.
Sebelum ini, Ridzuan berkongsi telah melantik seorang peguam terkenal iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan untuk mengendalikan kes berkaitan fitnah ke atas keluarganya.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
Komen netizen

Sumber: Instagram






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

